Jumat, 07 Februari 2014

Semak Pinjaman PTPTN Online

Salam semua,






Menu semakan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat semakan beberapa maklumat penting berkenaan pinjaman PTPTN. Maklumat setiap pilihan menu semakan dijelaskan seperti di bawah:
Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPN <JARAK>NO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986
dan hantar ke 33199
Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPIN <JARAK>NOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636
dan hantar ke 33199
Untuk semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN:
PTPTN UJRAH <NOKADPENGENALAN> <NOPIN>
Contoh: PTPTN UJRAH 720222025402 25344
dan hantar ke 33199
Untuk semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di PTPTN:
PTPTN WPP <NOKP> 
Contoh: PTPTN WPP 800917085428
dan hantar ke 33199
p/s:Dimaklumkan perkhidmatan SMS ecukai dan Semakan Baki Pinjaman Pendidikan ditangguhkan atas kerja-kerja penyelenggaraan.
Caj 50 sen akan dikenakan bagi setiap SMS.
Beroperasi 24 jam sehari.
NOTA : Untuk pembelian no pin Permohonan Pinjaman Online melalui SMS, klik di sini.
-
Semakan Nama Peminjam Yang Gagal Membayar Balik Pinjaman
Semakan ini adalah untuk peminjam membuat semakan senarai nama peminjam yang belum membuat bayaran balik pinjaman mengikut NAMA dan NO KP peminjam.
Semakan Penyata Pelepasan Cukai Pendapatan SSPN
Pendeposit SSPN kini boleh membuat semakan jumlah simpanan bersih SSPN yang layak pelepasan Taksiran Cukai 2007 hanya dengan memasukkan No MyKad/Kad Tentera/Kad Polis yang digunakan semasa pembukaan akaun untuk anak-anak mereka.
Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.
Semakan No Akaun Bank Yang Dibuka Secara Kelompok Oleh IPT Bagi Pelajar-Pelajar Kemasukan Julai 2009
Semakan ini adalah bagi pelajar-pelajar kemasukan Julai 2009 mengetahui no akaun bank yang dibuka secara kelompok oleh IPT masing-masing untuk digunakan bagi segala urusan yang berkaitan dengan PTPTN.
Semakan Status Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Pelajar IPTA Semester 2 Sesi 2008/2009
Semakan ini adalah untuk peminjam yang belum disahkan, tidak layak dan ditahan bayaran pinjaman oleh PTPTN selepas melepasi tarikh sebenar/jangkaan pinjaman dikreditkan ke akaun pelajar seperti di Jadual Tentatif Pengeluaran Pembiayaan Berkelompok Bagi Pelajar Lama IPTA / Politeknik Semester 2 Sesi 2011/2012. Pelajar yang tidak tersenarai dalam senarai ini adalah termasuk dalam kelompok pelajar yang dibayar.
Semakan Maklumat IPTS
Semakan ini membolehkan pelajar-pelajar IPTS menyemak maklumat mengenai tarikh permohonan online, tarikh hantar pengesahan pelajar kepada IPT, tarikh terima pengesahan pelajar daripada IPT untuk dibuat bayaran kepada pelajar serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan mengenai IPTS.
Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan
Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.[sumber]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar