Senin, 17 Februari 2014

Juara Rancangan Realiti TV Didakwa Rogol Kekasih



Seorang penyanyi yang pernah menjuarai sebuah rancangan realiti televisyen popular ditahan semalam selepas dia didakwa merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

Satu sumber berkata, suspek yang berusia 20-an ditahan pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut kelmarin.

"Ketika kejadian pada pukul 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu, mangsa yang ketika itu berada bersama penyayi tersebut di rumah suspek mendakwa dirogol," katanya.

Sumber itu memberitahu, berdasarkan laporan polis, penyanyi itu dikatakan merogol mangsa yang berusia 20-an semasa ahli keluarga suspek tiada di rumah.

Mangsa mendakwa, dia tidak melawan kerana takut dicederakan.

Tambah sumber itu, penyanyi terbabit sehingga petang semalam masih ditahan di IPD Ampang Jaya dan kes itu disiasat di bawa Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan penyanyi itu tetapi enggan mengulas lanjut.

sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar