Minggu, 22 Desember 2013
Sah Apple Bakal Lancar Produk Baru 22 Oktober

NAMPAKNYA desas desus yang kita dengar adalah benar. Apple telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah majlis pada 22 Oktober ini dan menurut jemputan rasmi media mereka, syarikat ini mungkin akan melancarkan lebih daripada sekadar iPad baru ( iPad generasi ke-5 dan generasi ke-2 iPad mini) kerana “masih banyak yang perlu mereka lakukan”.
Apple dijangka akan melancarkan versi terbaru Apple TV, sistem operasi OS X Mavericks, Macbook Pro lengkap dengan chipset yang lebih laju serta memperkenalkan Mac pro yang dilancarkan pada awal tahun ini.
Majlis tersebut akan diadakan di San Francisco, California pada jam 10 pagi, kira-kira 1 pagi waktu Malaysia. Pada tarikh yang sama, majlis Nokia World akan diadakan pada jam 11 pagi di Abu Dhabi, kira-kira 7 pagi waktu Malaysia.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar